Kempen Syria



Syria masih bergelut dengan krisis kemanusiaan. Perang saudara yang telah berlarutan lebih daripada satu dekad ini telah menghancurkan kehidupan berjuta-juta rakyat di bumi anbiya' itu. Kehidupan yang dahulunya penuh harapan kini bertukar menjadi derita.

Sejak tahun 2011, lebih 14 juta rakyat Syria terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di tempat lain. Ini menyebabkan Syria menjadi negara dengan krisis pelarian yang terbesar di dunia. 70% penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan dan 90% hidup di bawah garis kemiskinan. 

Justeru itu, MyCARE telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Syria & Bina Semula Syria untuk meneruskan usaha meringankan beban penduduk Syria yang terkesan dengan pelbagai isu kemanusiaan disana.

I'm Interested Donate Now